Assalamualaikum w.b.t
Sedikit perkongsian yang mungkin bermanfaat untuk peringatan diri sendiri dan mungkin untuk kalian semua. Fitrah selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, dan rindu berterusan dan berlebihan jika tidak dibendung. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini. Masalah kerinduan belaku antaranya kerana: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar, akal megkhayalkan tentang pasangan, Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Dibawah video-video ringkas yang dikupas oleh UAI mengenai ZINA HATI.
Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]
Read more...